Siri Duatlon Universiti Malakoff 2008 atau MUDS 08 (Malakoff University Duathlon Series 2008) bakal dilangsungkan pada tiga Sabtu berturut-turut di tiga universiti sekitar Lembah Kelang bermula pada 19hb Julai, 2008 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Peringkat kedua pula akan dijalankan pada 26hb Julai, 2008 di Universiti Malaya (UM) manakala perlumbaan penutup siri ini bakal diadakan pada 2hb Ogos, 2008 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Terdapat tiga kategori utama yang akan dipertandingkan dalam MUDS pada kali ini iaitu Kategori Universiti (Lelaki & Wanita), Kategori Terbuka (Lelaki & Wanita) serta Kategori Berganti-ganti (untuk Lelaki dan juga Campuran).
Secara khususnya, kategori berganti-ganti turut ditawarkan supaya lebih ramai peserta baru dapat merasai sendiri pengalaman serta kehangatan perlumbaan sukan yang mencabar seperti duatlon ini, termasuk mereka yang mungkin hanya mempunyai lebih kekuatan dalam acara berbasikal berbanding larian, atau sebaliknya.
Objektif utama penganjuran MUDS ialah untuk mencari pelapis-pelapis sukan duatlon Malaysia yang sekarang ini memerlukan lebih ramai duatlet yang cergas serta berkebolehan tinggi bagi menyambung legasi duatlet-duatlet senior seperti Heidilee Mohammad, Mariana Mohammad, Shahrom Abdullah dan beberapa lagi yang kesemuanya pernah berada dalam kelompok atlet duatlon bertaraf antarabangsa.
Oleh itu, orang ramai adalah dipelawa untuk memberikan semangat, menyertai seterusnya menjayakan Siri Duatlon Universiti Malakoff 2008 yang diharapkan dapat memupuk generasi baru warga Malaysia yang sihat dan cergas.

No comments:
Post a Comment